Thursday, 17 July 2014

LEGAAAAA

alhamdulilllahhhh

akhirnya selesai sudah urusan beli tiket i untuk balik raya kat kampong
oh kampong kuuuu,,mu tunggu aku balikkkkkkk
yiiiihhhhaaaaaaaaaaa

Sunday, 13 July 2014

THIS IS POYO ME

alhamdulillahhhh
i just wanna to says out loud that i am very happy and thanks to Allah for giving me such this wonderful life.
even if i get chance to have another life, i will asks to have this life once more.
i wanna have this life
live this life
and be the same me
a strong sassy girl with positive thinking
no matter what happen to her
she can overcome all of it alone
she just ignore what people said and do
she do whatever as long as it not wrong
and more importantly, she wanna make all person next to her to be happy and know that she love them
never regret your life

uhhhhh,, macam best tak ayat-ayat poyo i???
i sesaje buat to gain new and energetic motivation to soul while study for test
i think what i wrote not express who i am in real life
but it just a limit that i drawn myself so that i am not going to do something that i shouldn't
something that wrong and shouldn't be done by an abid
something that shouldn't be done by a daughter
and also being a person that benefit the society.

Saturday, 12 July 2014

DI SUATU MASJID

Bismillahirrahmanirrahim...

di pagi yang penuh rahmat ni,, i nak citer la sikit pasal last night.
wait wait,,sesuai ke tajuk post i ni???macam takkkk je
ohhh nooo,, teringat la plak pasal i bad mood sikkiiiiitttt malam tadi.
muka i pun dah masam macam cuka. i je la yang rasa muka i macam tu.
oppsss,,bukan nak cerita pasal benda tu la sebenarnya.

baiklah,, apa yang aku nak kongsi, sharing is caring ialah macam mana cara nak atasi rasa mengantuk semasa solat terawihhh,,hahahhahah..
solat terawihhh????
macam ok ke tak hahhh nak cerita pasal benda macam ni???
whatever jela..aku nak cerita jugak walaupun aku rasa sangat tak sesuai untuk bacaan umum sebenarnya.

ceritanya macam ni,, masa solat terawih malam tadi, aku rasa ngaaaaaantuk sangat.
first time kot aku rasa macam tu tahun ni.
salunya takde rasa ngantukk macam tu sekali.
masa solat tu kan,, sampai aku rasa terhuyung-hayang-hayong.
ada satu ketika tu, aku macam separuh sedar.
cchhhhooooiiiii,,teruk sangat rasa masa tu.

soo,, caranya, u kena buat regangan badan sikit..
buat yang ringan-ringan dah la. takkan u nak buat sit up, push up dan jogging segala bagai dalam masjid tu, siap berpusing-pusing lagi???
no no no,, u jangan buat macam tu ok. nanti terganggu orang lain nak beribadah.
lagipun masjid kan tempat suci.
tak proper la buat macam tu
sangat TAKK proper okkk???

berbalik kepada regangan badan tadi.
masa orang-orangan duk tengah get ready nak solat tu,, i undur la kebelakang.
lepas tu i buat lompat-lompat sikitt (in the way yang orang tak perasan sangat dan boleh dikira sopan la)
,,gawang-gawang tangan sekuat mungkin nak bagi hilang rasa menngantuk yang ada.
hehhehehe, rasa macam bijak la pulak i ni (tak bijak pun sebenarnya kannn???)
tapi AWAS jangan la buat sampai tangan tu nak tercabut terpelanting kat depan,, kang nanti terpekik terlolong orang duk tengah solat tu
histeria semua satu masjid tu nanti..

masa tengah buat tu,,
i rasa la, macam i ni nakal sikit.
maka tersengih-sengih la i sesorang  kat belakang tu..
lagipun, satu saf je jemaah pompuan, jadi banyak la space untuk i buat aktiviti bebas i tu.
good for all to know, cara ni sangat berkesan tau,,

ishhhh.. malas la i nak cerita panjang-panjang..
i sekadar nak tulis je.
nanti dapat la i tengok balik diari i ni bila i dah tua.
lagipun i malas nak tulis panjang-panjang sebbab i nak layan drama "kerana terpaksa aku relakan."
si bestie pun dah lena tidur tunggu nak tengok sama dengan aku.
jap jap,, satu gik, actuallyyy, aku yang buat si bestie addict dengan drama ni...
alololoooo...i tak sengaja la, i cerita je kat dia, tapi dia yang excited lebih ( LEBIHH??? entah,,betul la tu kooot)..

Sunday, 6 July 2014

RAMADHAN DI BUMI KENYALANG

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

ekkkeeekk..tajuk post macam tak sesuai je.

hari ni, aku, si bestie dan si kawan beriftar di pitas lagi. alaaaa, macam semalam.
tapi kannn, makanan yang kami bawak hari ni special la sikit
it is popia goreng.
hahhahhhaaa,, special kan.
walaupun makanan ni macam senang je nak buat tapi, especially bagi kami kann, susah kot.
reasonnya, kami ni bukan chefff ok!!!!
diorang berdua ni duk tanya aku apa nak letak dalam tu.
memangla aku tau nak letak apa...(ayat menganjing sebab memang aku tak pandai dalam bab-bab memasak ni, yang aku tau mengkritik. then kalau masak pun, aku tau bagi rasa hangit je kat mangsa-mangsa aku tu)..

sooo, lepas bincang-bincang bagai nak rak,, kami decide letak carrot, taugeh and sardin je.
lepas semua dah setuju, aku terus pergi beli barang dengan si bestie di servay, summer mall.

jam 5 petang, kami bertiga bertungkus-lumus, memerah segala tenaga yang tersisa buat popia.
buat benda ni memerlukan kami memaruttt, memotong, mencincang, menggaul,  menumis, menggulung, melibas dan berkarate sekali.
ececcceceehhh,,takde la sampai melibas berkarate sekali. itu hanya lawak gedik over jeerrr.
apa- apa pun. teruskan misi dengan..
cubaan pertama yang diharap akan menjadi dan sedap
.at least dapat telan pun ok kottt.
macam biasa, masa buat kerja aku akan bercaaaakap je, membebel entah apa-apa. kaalau tak bercakap bila ada orang ni, aku rasa macam tak normal je. jadi aku kena bercakap la.
tapi perlu DIINGAT,, kat dapur tak boleh cakap dekat dengan makanan atau kuat-kuat, nanti kannn kena tempiasssss makanan tu. bertambah lazat la makanan tu nanti. kwang kwang kwanggggg.
makanan siap ditapau pada pukul 6 petang..
huuuuhhhhhhh, legaaaaa..
masa ni dah tak sabar nak tau macam mana rasa popia first try kami.
tapi apa pun,,saabaarrr, kuatkan iman.

"keputusan yang sangat mengejutkannnnnn."
aishhh,, mengejut??
keputusan??? apa ni??
hehheeh,,jawapannya, popia first try kami la.
kawan-kawan cakap sedap.
bila aku tengok dekat meja hidangan pun, dalam bekas popia tu dah tak de apa-apa. habuk pun takde.
means, betul la tu sedap.
 masa buat tu, ingatkan takkan habis.
macam-macam la fikir. kena tapau balik rumah la, kena sorok muka dan macam-macam lagi la..
rupanya tak...hehhheeheee


antara benda lain yang aku suka ialah dapat makan kek.
hari ni birthday kawan aku, so ada la kek hari lahir dia.
either dia beli sendiri atau kawan dia yang lain bagi,, itu aku tak tau.
apa yang aku tau,, aku dah terliur nak makan kek sejak beberapa hari lalu.
bila tengok ada friend fb aku post cara buat oreo cheese cake, makin la kecur liur aku.
alhamdulillahhhh,,rezeki aku, dapat makan kek.
suka sukaaa..
Bismillahirrahmanirrahimmmm

alhamdulillahhh, imma still alive.
haaaa..di pagi yang mulia penuh dengan keberkatan ni, aku nak mulakan citer pasal mimpi aku sebelum bangun sahur tadi.
"hahhhh?? mimpi??". mesti ni persoalan yang bermain dekat fikiran korang kan kann bila tertangkap perkataan mimpi ni.
dannnn,,mesti ada jugak yang cakap. "mimpi?? eh ellleehhh macam la dia sorang yang mimpi.."

ok guys..tak kira la apa persoalan korang tu, yang aku tau aku nak tulis semua benda yang aku nak tulis.
ni kan 'DIARY' aku. aku punya suka la. 

berbalik kepada cerita mimpi aku tu, aku mimpi pasal bahasa arab.
nak dijadi cerita pulak, ada kawan laki aku tu masuk dalam mimpi aku ni.
herannya,, kenapa dia yang mesti masuk. si 'ustaz rock' pujaan hati takde pulak nak masuk dalam mimpi aku ni. hisyyyy. heran. heraannnn. biar jela dia. kita teruskan cerita.
lepas tu, backgroundnya pulak, bukan dalam kelas bahasa arab, tapi dalam ruang solat pitas (stand for pusat islam tun ahmad salehuddin. not sure ejaan tu betul ke idok nye.).
menambahkan lagi kehairanan pada pikiran hamba ni, orang yang langsong takde kaitan dengan kelas bahasa arab pun ada.
aikkk,, sebenarnya aku rasa macam lupa la pulak apa yang jadik. tapiiii, yang aku sure, aku duk cakap dengan kawan aku pasal bahasa arab. aku cakap bahasa arab ni membuatkan aku bengong. 

disebalik mimpi aku tu, atau aku rasa ia lebih layak dipanggil sebagai mengigau sebenarnya jadi sebab aku dokk pikir sangat pasal homework bahasa arab dan sebelum tidur malam tadi pun aku tengah buat homework, tapi sebabb mata dah penat sangat masa tu, jadi aku tidur jela.

disebalik kemunculan kawan laki aku tu, aku rasa mungkin sebab aku kena tegur dengan dia pasal perangai buruk aku yang tak tau nak sopan masa makan kottt. 
mungkin aku semacam trauma sikit dengan teguran dia tu,,,hahahah

sebenarnya, aku takde rasa apa pun masa dia tegur aku tu. lepas aku bagitau sambil gelak-gelak kat si bestie yang aku kena tegur dengan si 'polan', baru la aku rasa traumanya.

nak tau tak kenapa??

sebabnya, si bestie ni cakap, "eeee, malunya kena tegur dengan si 'polan' tu."
even lepas si bestie cakap macam tu aku still blurrr sebenarnya. bila pikir, pikir, pikirr balik. baru la terbit perasaan dari hati. "aa'aaa, malu la."
macam yang aku mention sebelum ni, trauma sikit pun ada.

nak tau takkk.
cerita aku kena tegur sebab perangai buruk tu macam ni.

alkisahnya, aku pergi berjalan ke arah meja makan malam tadi masa iftar di pitas.
aku pergi situ sekadar nak try agar-agar yang aku buat. 
si bestie dan kawan aku cakap (aku rasa lebih sesuai aku gelarnya sebagai sahabat kerana mampu beri aku motivasi untuk menjadi hamba Allah yang solehah.) agar-agar aku tu sedapp.
semua ni berlaku sebab perasaan ingin tau. 

masa kat meja tu la aku bercakap dengan kawan laki aku ni.
dia pun pergi nak tengok makanan apa yang sedap dimakan.
sambil aku cari bekas agar-agar tu la aku cakap dengan dia. 
bila dah jumpa bekas tu, aku ambil jela. then aku buka terus penutup, terkam agar-agar tu dan dengan serakus mungkin terus ngap ke mulut.

si kawan ni apa lagi, terus dia cakap, "dudok"
aku dengan pekaknya, tanya dia balik, "dodoi??"
memang sah aku ni ada masalah pendengaran. so, dia dengan sabarnya ulang, "makan dudok."
"oooo duduk, ingatkan dodoi. aku ingat kau ejek agar-agar ni macam dodoi." tu la jawapan selamba aku, tanpa perasaan.
"duduk la, apa la kau ni." jawabnya dia
aku balas balik, masih lagi dengan bengong yang abadi, "aku memang macam ni.....(tak ingat dah aku cakap apa lepas tu)."

kemudian, datang la ajk yang menyelamatkan keadaan.
so, alkisahnya tamat di situ sahaja.

6.45 a.m.

Saturday, 5 July 2014

3 julai 2014
tanpa disedari, akhirnya dah masuk hari ke-5 bulan ramadhan. rasa macam kejap je masa berlalu. aku coret-coret citer untuk hari ni sikit sambil-sambil tunggu waktu bebuke. its already 6 pm. tinggal 45 minit je lagi nak bebuke. kat sarawak ni waktu bebukenye awal 1 jam dari semenanjung.

rasa rindu je suasana bebuke kat rumah. bebuke dengan family di meja makan besar. tambah pulak dengan masakan mok yang sememangnye tak boleh ditandingi (puji mak sendiri sikit). masa ni kalau kat rumah aku tonton rancangan kat televisyen dengan family lain then sembang-sembang. waaaaaaaaaaaa,,,,rindunye saat tu. ramadhan tahun ni mungkin aku akan sempat bebuke kat rumah beberapa hari je. sebabnya, tahun ni aku buat short sem. cutinye sikit je. raya pon dapat cuti berapa hari je.


miss my mum so much

sekarang ni aku rasa rindu sangat kat mok.
just give her a call tapi dapat cakap kejap je sebab ada masalah line.
waaa, rasa nak nangis, melalak ni.
dah la baru je tengok iklan raya yang sangat touching hingga mengalirkan mutiara jernih dari tubir mataku.
diesebabkan aku rindu mok, dah tak tertahan dah ni rasa. jadi aku nak call lagi mok lepas ni.
kbye.

Friday, 4 July 2014

tak kacau orang tu bukan aku

assalamualaikum semuaaaaa...

cehhhhh. entah hape-hape la aku ni.

semua konon. poyo je lebih. macam la ada ramai orang yang follow blog aku ni.
aku buat blog ni sekadar suka-suka je. dah lama pun rasa nak buat. tapi baru je terbuka hati untuk betul-betul buat. 

beberapa hari lalu, berjaya juga aku buat blog ni.

blog ni pun aku buat bukan untuk dapat nama, nak femes, nak glamor or whateva yang sewaktu dengannya tu. aku buat hanya bertujuan nak tulis apa yang berlaku dalam hidup aku dan tulis apa yang aku rasa nak tulis, benda-benda yang tak personal sangat gitu. lagipun aku ni jenis yang banyak cakap. becok je mulut ni memanjangggg. sampai tak terlayan dek kawan-kawan aku ni. 

komen kawan aku si bestie masa bebuke maghrib tadi (masa tulis ni dah nak pukul 11 malam daaa) , "kenapa saya tengok awak tak banyak cakap hari ni??selalu banyak je cakap. dari pagi lagi saya perasan awak tak banyak cakap".

hehehehe, nak tergelak pun ada aku dengar si bestie cakap macam tu.
haaaa,, tu diaaaa penangan blog ni kalau hampa nak taaauu. jawabnye aku, "entah, mungkin dah ada blog kot. tulis je kat blog tu apa yang nak cakap. tak payah dah nak kacau orang."
haaaaa,,amacam??? terkejut tak dengan penangan blog ni??? 
tapi jangan risau, kesannya tak la parah sangat macam yang korang sangka tu. lepas kenyang perut senang hati aku mula la mengacau orang balik. agak sedih aku tengok si bestie. almaklum la selalu kena kacau dengan aku tiba-tiba aku senyap je. dah tak de kacau-kacau dia. mesti la dia rindu nak dengar suara aku ni. suara yang ceria, penuh gelak tawa dan lunak merdu. mampu menghibur hati yang duka lara..oopppss,,semacam dah terlebih pulak aku puji diri sendiri. 
i ni meme macam gini sokmo. over. gedik.

sebenarnya i ada lagi nak cerita pasal pegi beli pizza untuk bebuke siang tadi. lucu gila kot alkisah nye. tapi malas la nak taip-taip ni. next time la i citer. bila i rajin nak menaip.

k.bye 

CERITA SI PERANTAU

3 julai 2014

hari dah masuk hari ke-5 puasa. suasana puasa tahun ni macam tak rasa sangat sebab duduk di perantauan (hahaha, sarawak je pun). perasaan sedih tu tetap ada. bukan aku sengaja ni nak duduk perantauan bulan-bulan puasa macam ni. duduk rumah lagi bestla dari duduk sini. berendamkan air mata je tiap-tiap hari. ehhh,,sebenrnya takde la sampai berendam air mata. sebak macam tu je. kadang-kadang tu, mengalir la jugak setitik dua air mata ni. aissshhhh, macam pondan la pulak kannnn.

haaaa,,hari ni nak cerita pasal kelas bahasa arab. first day ni masuk kelas bahasa arab. sekadar nak bagitau perasaan awal sebelum ustaz masuk. perasaan tu rasa macam biasa je. ada la sikit-sikit rasa excited tu. sebenarnya aku tak sabar nak terjemah al-quran untuk diri sendiri. hahahha,rasa macam makin excited la pulak. pastu kann, nanti boleh la aku sembang dengan ayoh guna bahasa arab.

tik tik tikkk. jam dah pukul 10 pagi pun. maka bermula la kelas bahasa arab aku. mula-mula ustaz cakap bahasa arab tu kan, aku rasa susah sangat nak faham. ustaz cakap sikit aku tanya kawan sebelah. ustaz cakap banyak pun aku kawan sebelah. nak buat macam mana kannn, saya budak baru belajar.

lama-lama dalam kelas tu, baru la ustaz tanya aku. "baru masuk kelas ni hari ni ke??". "ye" jawabnye aku. lepas tu, ustaz tanya la pulak nama aku. maka aku jawab la. lepas tu ustaz tu sebut nama aku. ternyata, salah sebutan nama aku by ustaz. berkali-kali jugak aku ulang nama aku kat ustaz tu, nak buat macam mana, aku ni ada masalah komunikasi. katanya kawan aku, aku sebut atau cakap apa-apa macam tak clear je.
okkkkk,,stop cerita tu.
cerita pulak pasal homework yang ustaz bagi. alahaiiiii, banyak gila kot tapi tak apa la, nak jadi pandai kann, kena rajin sikit. untuk kerja hari ni tak la banyak, tapi disebabkan aku ni baru je masuk kelas hari ni jadi baru dapat buku latihan. sooooo, homework yang dah lepas tu yang sebelum aku masuk tu pun aku kena buat jugak. banyak gila. dah kena cari perkataan dengan baris atas depan dan sukun, lepas tu kena cari maksud sekali. penat sanagt nak siapkan kerja 3 hari dalam 2 hari. tapi kann, lepas dah siap tu rasa lega dan gembira sangat. sebabnya, aku dah tau perkataan-perkataan arab.

okkkkk,,cerita pulak pasal juadah bebuke hari ni. aku dengan si bestie ni buat spagetti carbonara. sedapppp, first time aku makan spagetti carbonara yang aku buat sendiri. nanti balik rumah boleh sepah-sepahkan dapur buat resipi masakan baru.. hahahahha excited lagi. macam ni la perasaan bila masak lepas tu rasa masakan yang dibuat tu sedap dan boleh ditelannnn.
however,, rasa sedih la bila tak dapat bebuka puasa dengan family. ditambah pulak, juadah bebuka tu simple macam apa ni haaa.

Wednesday, 2 July 2014

2 julai 2014
alhamdulillahhhh,,,syukur sesangat sebab hari ni dapat add subjek arab..
lega rasanya bila usaha aku membuahkan hasill,,cewahhhh,,macam apa daa ayat aku,,
disebabkan semangat baru untuk belajar tumbuh di hati ni jadi aku mula la buat revision sendiri belajar bahasa arab, pinjam buku teks kawan..nak dicerita pulak, kawan ni dah ambik bahasa arab pada sem yang telah lalu (tak sure bila sebenarnya dan tak pernah pon terdetik nak tanya, hahahhahahh).



haaaaa,,ni la huruf hijaiyah.
katanye kawannn, hari ni ustaz yang ajar arab tu baru start ajar huruf hijaiyah,lega wehhh hatiku, maknanya tak banyak la aku kene catch up nanti