3 julai 2014
tanpa disedari, akhirnya dah masuk hari ke-5 bulan ramadhan. rasa macam kejap je masa berlalu. aku coret-coret citer untuk hari ni sikit sambil-sambil tunggu waktu bebuke. its already 6 pm. tinggal 45 minit je lagi nak bebuke. kat sarawak ni waktu bebukenye awal 1 jam dari semenanjung.
rasa rindu je suasana bebuke kat rumah. bebuke dengan family di meja makan besar. tambah pulak dengan masakan mok yang sememangnye tak boleh ditandingi (puji mak sendiri sikit). masa ni kalau kat rumah aku tonton rancangan kat televisyen dengan family lain then sembang-sembang. waaaaaaaaaaaa,,,,rindunye saat tu. ramadhan tahun ni mungkin aku akan sempat bebuke kat rumah beberapa hari je. sebabnya, tahun ni aku buat short sem. cutinye sikit je. raya pon dapat cuti berapa hari je.
No comments:
Post a Comment