alhamdulillahhh, imma still alive.
haaaa..di pagi yang mulia penuh dengan keberkatan ni, aku nak mulakan citer pasal mimpi aku sebelum bangun sahur tadi.
"hahhhh?? mimpi??". mesti ni persoalan yang bermain dekat fikiran korang kan kann bila tertangkap perkataan mimpi ni.
dannnn,,mesti ada jugak yang cakap. "mimpi?? eh ellleehhh macam la dia sorang yang mimpi.."
ok guys..tak kira la apa persoalan korang tu, yang aku tau aku nak tulis semua benda yang aku nak tulis.
ni kan 'DIARY' aku. aku punya suka la.
berbalik kepada cerita mimpi aku tu, aku mimpi pasal bahasa arab.
nak dijadi cerita pulak, ada kawan laki aku tu masuk dalam mimpi aku ni.
herannya,, kenapa dia yang mesti masuk. si 'ustaz rock' pujaan hati takde pulak nak masuk dalam mimpi aku ni. hisyyyy. heran. heraannnn. biar jela dia. kita teruskan cerita.
lepas tu, backgroundnya pulak, bukan dalam kelas bahasa arab, tapi dalam ruang solat pitas (stand for pusat islam tun ahmad salehuddin. not sure ejaan tu betul ke idok nye.).
menambahkan lagi kehairanan pada pikiran hamba ni, orang yang langsong takde kaitan dengan kelas bahasa arab pun ada.
aikkk,, sebenarnya aku rasa macam lupa la pulak apa yang jadik. tapiiii, yang aku sure, aku duk cakap dengan kawan aku pasal bahasa arab. aku cakap bahasa arab ni membuatkan aku bengong.
disebalik mimpi aku tu, atau aku rasa ia lebih layak dipanggil sebagai mengigau sebenarnya jadi sebab aku dokk pikir sangat pasal homework bahasa arab dan sebelum tidur malam tadi pun aku tengah buat homework, tapi sebabb mata dah penat sangat masa tu, jadi aku tidur jela.
disebalik kemunculan kawan laki aku tu, aku rasa mungkin sebab aku kena tegur dengan dia pasal perangai buruk aku yang tak tau nak sopan masa makan kottt.
mungkin aku semacam trauma sikit dengan teguran dia tu,,,hahahah
sebenarnya, aku takde rasa apa pun masa dia tegur aku tu. lepas aku bagitau sambil gelak-gelak kat si bestie yang aku kena tegur dengan si 'polan', baru la aku rasa traumanya.
nak tau tak kenapa??
sebabnya, si bestie ni cakap, "eeee, malunya kena tegur dengan si 'polan' tu."
even lepas si bestie cakap macam tu aku still blurrr sebenarnya. bila pikir, pikir, pikirr balik. baru la terbit perasaan dari hati. "aa'aaa, malu la."
macam yang aku mention sebelum ni, trauma sikit pun ada.
nak tau takkk.
cerita aku kena tegur sebab perangai buruk tu macam ni.
alkisahnya, aku pergi berjalan ke arah meja makan malam tadi masa iftar di pitas.
aku pergi situ sekadar nak try agar-agar yang aku buat.
si bestie dan kawan aku cakap (aku rasa lebih sesuai aku gelarnya sebagai sahabat kerana mampu beri aku motivasi untuk menjadi hamba Allah yang solehah.) agar-agar aku tu sedapp.
semua ni berlaku sebab perasaan ingin tau.
masa kat meja tu la aku bercakap dengan kawan laki aku ni.
dia pun pergi nak tengok makanan apa yang sedap dimakan.
sambil aku cari bekas agar-agar tu la aku cakap dengan dia.
bila dah jumpa bekas tu, aku ambil jela. then aku buka terus penutup, terkam agar-agar tu dan dengan serakus mungkin terus ngap ke mulut.
si kawan ni apa lagi, terus dia cakap, "dudok"
aku dengan pekaknya, tanya dia balik, "dodoi??"
memang sah aku ni ada masalah pendengaran. so, dia dengan sabarnya ulang, "makan dudok."
"oooo duduk, ingatkan dodoi. aku ingat kau ejek agar-agar ni macam dodoi." tu la jawapan selamba aku, tanpa perasaan.
"duduk la, apa la kau ni." jawabnya dia
aku balas balik, masih lagi dengan bengong yang abadi, "aku memang macam ni.....(tak ingat dah aku cakap apa lepas tu)."
kemudian, datang la ajk yang menyelamatkan keadaan.
so, alkisahnya tamat di situ sahaja.
6.45 a.m.
si kawan ni apa lagi, terus dia cakap, "dudok"
aku dengan pekaknya, tanya dia balik, "dodoi??"
memang sah aku ni ada masalah pendengaran. so, dia dengan sabarnya ulang, "makan dudok."
"oooo duduk, ingatkan dodoi. aku ingat kau ejek agar-agar ni macam dodoi." tu la jawapan selamba aku, tanpa perasaan.
"duduk la, apa la kau ni." jawabnya dia
aku balas balik, masih lagi dengan bengong yang abadi, "aku memang macam ni.....(tak ingat dah aku cakap apa lepas tu)."
kemudian, datang la ajk yang menyelamatkan keadaan.
so, alkisahnya tamat di situ sahaja.
6.45 a.m.
No comments:
Post a Comment