3 julai 2014
hari dah masuk hari ke-5 puasa. suasana puasa tahun ni macam tak rasa sangat sebab duduk di perantauan (hahaha, sarawak je pun). perasaan sedih tu tetap ada. bukan aku sengaja ni nak duduk perantauan bulan-bulan puasa macam ni. duduk rumah lagi bestla dari duduk sini. berendamkan air mata je tiap-tiap hari. ehhh,,sebenrnya takde la sampai berendam air mata. sebak macam tu je. kadang-kadang tu, mengalir la jugak setitik dua air mata ni. aissshhhh, macam pondan la pulak kannnn.
haaaa,,hari ni nak cerita pasal kelas bahasa arab. first day ni masuk kelas bahasa arab. sekadar nak bagitau perasaan awal sebelum ustaz masuk. perasaan tu rasa macam biasa je. ada la sikit-sikit rasa excited tu. sebenarnya aku tak sabar nak terjemah al-quran untuk diri sendiri. hahahha,rasa macam makin excited la pulak. pastu kann, nanti boleh la aku sembang dengan ayoh guna bahasa arab.
tik tik tikkk. jam dah pukul 10 pagi pun. maka bermula la kelas bahasa arab aku. mula-mula ustaz cakap bahasa arab tu kan, aku rasa susah sangat nak faham. ustaz cakap sikit aku tanya kawan sebelah. ustaz cakap banyak pun aku kawan sebelah. nak buat macam mana kannn, saya budak baru belajar.
lama-lama dalam kelas tu, baru la ustaz tanya aku. "baru masuk kelas ni hari ni ke??". "ye" jawabnye aku. lepas tu, ustaz tanya la pulak nama aku. maka aku jawab la. lepas tu ustaz tu sebut nama aku. ternyata, salah sebutan nama aku by ustaz. berkali-kali jugak aku ulang nama aku kat ustaz tu, nak buat macam mana, aku ni ada masalah komunikasi. katanya kawan aku, aku sebut atau cakap apa-apa macam tak clear je.
okkkkk,,stop cerita tu.
cerita pulak pasal homework yang ustaz bagi. alahaiiiii, banyak gila kot tapi tak apa la, nak jadi pandai kann, kena rajin sikit. untuk kerja hari ni tak la banyak, tapi disebabkan aku ni baru je masuk kelas hari ni jadi baru dapat buku latihan. sooooo, homework yang dah lepas tu yang sebelum aku masuk tu pun aku kena buat jugak. banyak gila. dah kena cari perkataan dengan baris atas depan dan sukun, lepas tu kena cari maksud sekali. penat sanagt nak siapkan kerja 3 hari dalam 2 hari. tapi kann, lepas dah siap tu rasa lega dan gembira sangat. sebabnya, aku dah tau perkataan-perkataan arab.
okkkkk,,cerita pulak pasal juadah bebuke hari ni. aku dengan si bestie ni buat spagetti carbonara. sedapppp, first time aku makan spagetti carbonara yang aku buat sendiri. nanti balik rumah boleh sepah-sepahkan dapur buat resipi masakan baru.. hahahahha excited lagi. macam ni la perasaan bila masak lepas tu rasa masakan yang dibuat tu sedap dan boleh ditelannnn.
however,, rasa sedih la bila tak dapat bebuka puasa dengan family. ditambah pulak, juadah bebuka tu simple macam apa ni haaa.
No comments:
Post a Comment